Taklimat Lindungi Data Peribadi – Kempen Internet Selamat

14 April 2026 | Aktiviti Terkini

Taklimat Lindungi Data Peribadi – Kempen Internet Selamat
Anjuran: NADI
Lokasi: NADI Kg. Braang Bayur
Tarikh: 13 April 2026
Masa: 3:00 Petang – 4:00 Petang
Bilangan Peserta: 6 orang

Ringkasan Program:
Taklimat ini telah dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan melindungi data peribadi ketika menggunakan internet. Peserta telah diberi pendedahan tentang risiko pencerobohan data, penipuan dalam talian, serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan dalam penggunaan harian peranti digital.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta menunjukkan penglibatan yang baik serta aktif bertanya soalan berkaitan keselamatan maklumat peribadi di media sosial dan aplikasi dalam talian.

Objektif Tercapai:
Program ini berjaya memberi kefahaman asas kepada peserta tentang kepentingan menjaga keselamatan data peribadi dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap ancaman siber semasa.

Kesimpulan:
Program berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif daripada peserta. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan data peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali